Monday, January 5, 2009

PUSAT MEDIA PILIHANRAYA KECIL P036 PARLIMEN KUALA TERENGGANU




Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia, Terengganu telah menubuhkan Pusat Media sempena Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu.

Penubuhan Pusat ini berikutan berlangsungnya Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari 2009 (Sabtu).

Tujuan Pusat Media ini adalah untuk melaksanakan fungsi perhubungan dan pengurusan media serta memberikan kemudahan kepada petugas-petugas media massa yang ingin membuat liputan sepanjang masa Pilihanraya Kecil ini berlangsung.

Maklumat lanjut berkenaan Pusat Media Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu ini adalah seperti berikut:

Tempat : 1118, Jalan Pejabat (Bangunan EPIC) 20200 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman

Tarikh : 1 hingga 18 Januari 2009 Masa

Operasi : 08.00 pagi - 2.00 pagi

Nombor Telefon : 609 - 6311 817 609 - 6311 837

Nombor Fax : 609 - 6312 178

Pusat Media Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu ini menyediakan kemudahan keselesaan ruang berkerja, bilik sidang media, komputer, wi-fi, telefon dan faksmili untuk kegunaan petugas-petugas media massa.

No comments:

Post a Comment