Monday, January 5, 2009

RTM perkenal berita wilayah Sabah dan Sarawak

KUALA TERENGGANU 4 Jan. — Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan memperkenalkan berita wilayah khusus untuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh terdekat, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, menerusi konsep breakaway news itu, penduduk di kedua-dua negeri berpeluang menonton berita berkaitan perkembangan dan peristiwa di negeri masing-masing selama 30 minit.
“Dalam sebulan dua ini, kita akan perkenalkan konsep breakaway news di Sabah cerita pasal Sabah sahaja untuk ditonton oleh orang Sabah, begitu juga di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.
Beliau berkata, konsep breakaway news itu akan diperluaskan ke setiap negeri selepas RTM menukar sepenuhnya sistem transmisi analog kepada transmisi digital pada 2015.
Mengenai penstrukturan semula RTM1 dan RTM2 yang kini dikenali sebagai TV1 dan TV2 yang dikatakan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak, Ahmad Shabery berkata siaran itu bersifat sementara kerana RTM sedang berusaha ke arah pendigitalan.
KERATAN DARI UTUSAN ONLINE 5 Januari 2009

No comments:

Post a Comment